Thursday, December 23, 2010

mono&bally new song


Mono&Bally adalah sebuah band dari Ipoh yang berkonsepkan muzik  Experimental / Progressive / Shoegaze dan  mereka baru sahaja merekod lagu terbaru mereka yang berjudul "Sunday Is Electric Fossil".Untuk mendengar lagu tersebut bolehlah anda stalk di page mereka http://www.myspace.com/monomods

Sunday, November 7, 2010

EveningWeird Accousitc Day At Dr.Seenivesagam Park,Ipoh


Pada 7/11/2010,sebilangan crew2 weirdo telah dtg ke taman dr ipoh dan melakukan aktiviti seperti bersesi akustik dan membaca sajak yang dihasilkan oleh mereka sendiri.Antara weirdo2 yang hadir pd ptg itu ialah shut up(normal sense),amy(normal sense),aiman(normal sense),fared(mono&bally),amer(mono&bally),am(secret waves),boy dan namiera elmuddin(ex-seven spirit blood).

Petang itu kami dengan gembira hati bergelak tawa riang bersama-sama crew ketika melakukan aktiviti2 terbabit dan kami harap dapat berkumpul bersama-sama dan melakukan aktiviti sebegini di masa depan kelak.Adios!

Friday, September 17, 2010

Band Review-Made Faker


              Band nie mula ditubuhkan pada awal tahun 2008 dengan dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu Zikril selaku vokalis,Iqbal-lead guitar,Muaz-rhythm guitar,Jeb-bassist dan Arip-Drummer serta seorang sessionist mereka iaitu Ari selaku Gitaris.Muzik Made-Faker yang dahulunya dipanggil dengan nama "absurd melody" banyak dipengaruhi oleh band2 luar seperti mando diao,dire straits,the ramones,sex pistols dan blablabla..dan mereka telah mula mengorak langkah dengan merekod single mereka yang baru berjudul "fucked up beyond all recognition".Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka,korang bolehlah surf page diorang di myspace:http://www.myspace.com/madefaker.Adios!!!

Monday, September 13, 2010

Hikayat si pejuang kelas punk!!!

"Aku nie kutu masyarakat,tidak macam kaum urban yang mementingkan kebendaan dan kesempurnaan.Kaum macam aku cuma hanya mementingkan setiakawan dan keseronokan sebab itu hidup kami.Jangan jadi hipokrit dengan dunia kau sendiri." 

Saturday, September 11, 2010

Support our mate!!!

          Weirdo kami,Mono&bally akan beraksi di silveritage,medan gopeng yang diorganisekan oleh kental label dan radikel allies bersama-sama beberapa band yang tight seperti kill my bride,bactrim,nameless,silent migration,fitting room,made faker,luvender,stop thinking,hurly burly dan the wongs.Untuk sebarang maklumat bolehlah menghubungi mereka:jurn(013-4633799) dan raja(016-965406).Give ur full support to our local acts,don't just say it!!!.

new project with menora tuition centre

               Baru2 ini,aku telah design satu logo bagi pusat tuisyen menora dalam mempromosi institusi pendidikan tersebut dan ia telah mendapat pelbagai reaksi positif dari kalangan para pelajarnya.Apa yang aku dapati pusat tuisyen ini memang rare lain drpd yang lain.Itu aku x leh nk explain la sebab kang panjang aku nk kena citer kat korang.So,untuk info tentang pusat tuisyen ini,korang bolehlah lawati page facebook diorang di alamat ini http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=107895929253320&ref=ts.Adios!!!

Latest Event at Maiya Studio Ampang,Ipoh

               Sorry,aku tak dapat nak buat full review sgt pasal gig nih.Ok,Antara Band yang perform pada hari tersebut ialah Chewbacca yang juga dianggotai oleh Meor Shahiran iaitu big boss bodysurf,Hurly burly yang berasal dari negeri jelapang padi,Molly Dolly yang dianggotai oleh seorang vokalis yang merdu suaranya iaitu Nuar,Silent Migration dengan irama metalnya.Selain itu terdapat juga Kill My Bride,Amnesia,Sweet P,,Shizuka,Made Faker,Nameless dan 3 band rakan kami dalam evening weird iaitu The Notices,Normal Sense dan Mono&Bally.Akhir sekali kami ingin mengucapkan setrillion kasih kepada mana-mana pihak yang telah menolong kami dalam menjayakan gig ini.Adios!!!